Followers

Saturday 27 July 2013

~Idea Hiasan Dinding Rumah~

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Tup tup dah dekat 3 minggu umat Islam berpuasa. Tentu masing-masing sibuk dengan persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang. Apa kata kita tengok idea deko-deko untuk dinding rumah... 
Cik Mawar pun belum buat apa-apa persiapan lagi ni...

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menghias dinding rumah. Cuma perlukan sedikit idea kreatif sahaja... Layannn.... 


1. Susunan gambar keluarga kelihatan menarik kalau kena caranya...
 


2. Yang ni sesuai untuk peminat lukisan...

3. Cik Mawar tak pasti apa nama benda ni... nampak macam benang yang dikait tu kan?

4. Bingkai warna senada dengan perabut pun nampak cantik juga..

5. Gunakan sticker atau kalau pandai lukis bolehla lukis di dinding tu... nampak ala-ala fantasi gitu...

6. Corak abstrak macam ni cantik juga kalau kena dengan pemilihan warna.. =) 

7. Kalau anda banyak pinggan boleh guna pinggan juga tepek kat dinding... Corak ikut citarasa masing-masing.

8. Kalau peminat sakura dan berangan nak pergi korea/ jepun tapi hajat tak sampai lagi bolehla tampal sticker sakura ni... sweet je kan =)

9. Hiasan cermin selalu menjadi pilihan ramai. Pilih yang berbeza saiz pasti menampakkan kelainan kan!

10. Yang ni pula style tampal-tampal juga. Pilih corak yang menarik dan susun ikut gerak hati. Pasti menjadi.

11. Sticker masih menjadi pilihan. nampak elegan kan yang ni?

12. Sticker huruf nampak tuan rumah tu educated... !

 13. Cermin lagi... pemilihan cermin yang besar boleh memanipulasi ruang rumah anda agar nampak lebih luas.

14. Cermin ni pun ok juga =)

No comments:

Post a Comment