Followers

Saturday 27 July 2013

~Top 10 Bangunan Tertinggi Pada Tahun 1912~

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cik Mawar harap anda semua masih sihat dan kuat untuk menjalani ibadah puasa... Kali ni Cik Mawar nak bawa anda semua menyaksikan "Skyscraper" 100 tahun yang lalu.

Ada ke tidak ye bangunan tinggi-tinggi zaman dulu-dulu? Nak tau jom kita tengok kat bawah ni..... Zasss!!

1. Eiffel Tower, Paris, France. Bangunan ni mesti korang tau kan sebab menjadi salah satu daripada mercu tanda kepada Paris. Eiffel Tower ni siap dibina pada tahun 1889 dengan ketinggian 300 meter.




2. Tempat kedua pula adalah Metropolitan Life Tower, New York, USA. Tahun siap dibina adalah pada 1909 dengan ketinggian 213 meter. Kini namanya telah ditukar menjadi New York Edition Hotel. Menara ini telah direka oleh firma arkitek Napolean LeBrun & Son dan dibangunkan oleh Hedden Construction. 


3. Di tempat ketiga adalah City Hall, Philadelphia, USA. Berjaya disiapkan pada 1901 dengan ketiggian mencecah 167 meter. City hall meruoakan pejabat kerajaan Komanwel Pennsylvania dengan hiasan patung pengasasnya iaitu William Penn di puncaknya. Pernah menjadi bangunan tertinggi dunia dari tahun 1901-1908 sehinggalah pembinaan Gulf Tower di Pittsburgh. 


4. Dikenali dengan nama 14 Wall Street terletak di tengah bandar New York, USA. Asalnya adalah ibu pejabat syarikat Bankers Trust dan telah dibangunkan pada 1910-1912 dengan ketinggian 165 meter. Ia telah direka oleh Trowbridge & Livingstone dalam gaya neoklasik. 14 Wall Street telah dipilih sebagai mercu tanda New York City pada 14 Januari 1997.


5. Ulm Minster terletak di Ulm, German. Siap dibina pada tahun 1890 dan telah menjadi gereja tertinggi di dunia yang siap dibina sebelum abad ke 20. Mempunyai 768 anak tangga, dan anda dapat melihat pemandangan Ulm di  Baden-Württemberg dan Neu-Ulm di Bavaria. Sekiranya cuaca jelas anda akan dapat melihat pemandangan banjaran Alps pada ketinggian 143 meter menara bangunan ini.


6. Cologne Cathedral terletak di Cologne, German. Merupakan sebuah gereja Roman Katolik dan turut terkenal sebagai monumen dengan ciri binaan Gotik yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Bangunan dengan ketinggian mencecah 157 meter ini telah dirancang sebagai tempat persemadian tiga raja yang mana sesuai dengan peranannya sebagai tempat ibadat suci bagi maharaja Rom.


7. Dikenali sebagai Park Row Building dan terletak di New York, USA. Bangunan setinggi 119 meter ini telah direka oleh R. H. Robertson seorang perintis kepada bangunan pencakar langit, keluli dan kejuruteraan daripada firma Nathaniel Roberts. Ia telah diisytiharkan sebagai mercu tanda oleh New York City Landmarks Preservation Commission sebagai mercu tanda kepada bandar New York.


8. Domtoren terletak di Utrech, merupakan gereja yang tertinggi di Netherlands dengan ketinggian mencapai 112 meter. Telah dibina antara 1321 hingga 1382. Lama kan?? Menara ini telah direka oleh John of Hainut tetapi kerap kali tergendala pembinaannya kerana kekurangan sumber kewangan.


9. Nieuwe Kerk dengan ketinggian 109 meter ini berjaya disiapkan pada tahun 1496. Terletak di Delft, Netherlands. Nieuwe Kerk bermaksud gereja baru dan merupakan sebuah gereja Protestan . Gereja ini telah dijadikan tempat pemakaman golongan diraja dan tidak dibuka kepada orang awam. Nieuwe Kerk adalah gereja yang tertinggi di Belanda selepas Domtoren di Utrech.


10. Our Lady Tower aka Onze Lieve Vrouwetoren dalam bahasa Dutch. Bangunan ini terletak di Amersfoort, juga di Netherlands. Ketinggiannya adalah 98 meter dan menjadi menara gereja tertinggi di Belanda. Nama samaran bagi menara ini adalah Lange Jan ('Long John') ini telah dimusnahkan oleh letupan belerang pada abad ke 18 di bahagian menara gerejanya. Segala dokumen rasmi pembinaan telah diambil oleh golongan Protestan pada tahun 1597 dan tidak lagi dipunya oleh golongan Katolik.



Dalam banyak-banyak bangunan tinggi ni majoritinya adalah gereja... o_0... 

No comments:

Post a Comment